Wednesday 26 June 2013

Resepi Si Manja Baby

Jom kita kongsi sesama resepi untuk si manja.. Bagi kaum ibu yang baru nak mula memberikan bayi anda makanan, kompom tercari2 resepi yang sesuai dan berkhasiat kan..aku dulu pn search jgk kt tenet..last2 jmpa jgk resepi yang aku ubah skit2 je la. Alhamdulillah buat ms nie my Baby x crewet  bab makan. Semua yg Momy dia sdia, dia blasah je..hehehe..Sbb2 walau hantr kt baby sitter skalipun, aku tetap sdiakan bekal mknn untuk dia. Rsnya sbg 1 kepuasan bila tgk anak kita makan hasil dari tangan air ibunya..tp klu mmg dh bz sesangat kekadang aku pn x smpt jgk nk msk. Just bg yg sgera je mcm Cerelac. 2 pn bli tin kcik 2 bln br hbs..hehehe..
So far alhamdulillah..anak Momy snts sihat walafiat..Then yg seeloknya bg yang muslim, sunat kita membaca selawat ktika memasak makanan untuk anak kita. Berdoala agar anak kita mnjadi ank yg sht, brselera dan mnjadi ank yg soleh mahupun soleha. InsyaAllah doa seorang ibu akan termakbul..AMIN...
Setiap hr aku mesti buat resepi yang berlainan untuk elakkan si manja cepat jemu..kekadang sstengah Ibu mmg brhdpn masalh anak yg x brape suka nk makan. so ape kata korang try resepi baru utk tarik perhatian si manje..mane tau dia lebih gemar dgn resepi br trsbut..hehehe..Apepn kna bnyk brsabar untuk mlayan krenah mreka yea..



UBI KENTANG, IKAN & LOBAK MERAH

Bahan-bahan:
                                    
- 3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
- 1 ibu jari ubi kentang (10 gm)
- 1 sudu teh rata minyak masak (5 gm)
- 1 sudu makan penuh isi ikan (10 gm)
- 1/2 jari lobak merah (5 gm)

Cara Penyediaan:

* Rebus nasi bersama air sehingga menjadi bubur
* Semasa mendidih masukkan minyak, lobak merah dan kentang yang telah dipotong kecil dan isi ikan.
* Rebus sehingga lobak dan kentang menjadi lembut dan ikan masak.
* Lecek semuanya dan tapis.


PURI KENTANG & KACANG DHAL

Bahan-bahan:

- 1 biji kentang
- 4 sudu makan kacang dhal
- 2 ulas bawang merah
- 1 biji tomato
- 1/2 cawan air atau susu

Cara Penyediaan:

Cara A
* Kupas kulit kentang dan potong kiub
* Rebus kentang sehingga lembut
* Lecek kentang sehingga halus
* Tambah air atau susu untuk melembutkannya

Cara B
* Rebus kacang dhal di dalam air yang mencukupi
* selepas 10 minit tambah tomato dan bawang
* Masak sehingga kacang lembut
* Lecek kacang supaya ia halus
* Hidang bersama puri kentang


 BUBUR NASI & IKAN BILIS

Bahan-bahan:

- 3 sudu makan beras
- 1 sudu makan ikan bilis
- 1 sudu teh minyak masak utk menggoreng
- 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

* Beras dibasuh dan dikeringkan
* Kisar atau tumbuk beras sehingga hancur
* Campurkan air ke dalam beras sehingga cair
* Masak di atas api dan kacau rata
* Tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

Cara Penyediaan Ikan Bilis

* Ikan bilis dibuang kepala dan bersihkan perutnya
* Basuh dan goreng hingga garing
* Tumbuk ikan bilis sehingga halus
* Ayak ikan bilis supaya halus
* Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis.

 

BUBUR NASI & UDANG

Bahan-bahan:

- 1 sudu teh minyak (5 gm)
- 1/2 cawan nasi (90 gm)
- 3/4 cawan bayam (15 gm)
- 1 ulas bawang merah
- 1 sudu makan rata tauhu (5 gm)
- 1/2 sudu makan udang dicincang halus (5 gm)


Cara Penyediaan:

* Rebus nasi bersama air hingga menjadi bubur
* Tauhu lembik dilecek
* Sayur bayam dibasuh dan dicincang
* Panaskan minyak, tumis bawang hiris dan tambahkan sedikit air. Masukkan bayam, udang
  dan tauhu lembik satu persatu dan rebus hingga masak.
* Campurkan 1 dan 4 dan gaul hingga rata.


BUBUR NASI ORGANIC

Bahan-bahan:

- Beras
- Ikan Salmon
- Sayur Bayam
- Susu (Susu Ibu / Formula)

Cara Penyediaan:

* Ikan Salmon digoreng dengan minyak zaiton sikit. Digoreng dulu untuk hilangkan rasa hanyir pada bubur. Goreng separuh masak. Jangan sampai garing sebab nanti habis khasiat ikan tu. Minyak zaiton pun tak banyak sebab ikan salmon akan keluarkan minyak dari isinya.
* Beras dimasak dengan air dulu.
* Bila mendidih masukkan sayur bayam. Kemudian tuang susu yang sudah dibancuh dengan air. * Last sekali masukkan ikan salmon bersama dengan baki minyak jeton goreng tadi.


UBI KENTANG ORGANIC

Bahan-bahan:

- Ubi Kentang
- Isi Ayam
- Lobak Merah
- Susu (Susu Ibu / Formula)

Cara Penyediaan:

* Masukkan kesemua bahan sekali. Rebus hingga hancur lumat.
* Masakan ini masih tidak diletakkan garam @ gula. Kerana garam akan diserap oleh kentang. * Jadi jangan letak langsung. Lobak merah akan menjadi perasa yang sedap.
 

LABU ORGANIC

Bahan-bahan:

- Labu
- Ikan Salmon
- Broccoli
- Susu (Susu Ibu / Formula)

Cara Penyediaan:

* Rebus semua bahan2 sekali.
Ikan salmon digoreng dulu seperti resepi terdahulu. Tidak diletak garam atau gula sebab labu rasanya sudah manis.

 


PUREE

- Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.
- Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
- Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

BUBUR SAWI & AYAM LAZAT

Bahan-bahan:

- 3 helai daun sawi
- 4 ketulan kecil isi ayam bahagian dada
- 3 sudu beras

Cara Penyediaan:

* Rebus kesemua bahan tersebut sehingga hancur dan menjadi sebati. Kemudian blend dan tapis

BUBUR KENTANG ENAK

Bahan-bahan:

- 1 biji kentang (kecil/sederhana saiznya)
- 3 sudu beras

Cara Penyediaan:

* Kentang haruslah dihiris nipis atau dipotong dadu kecil supaya cepat empuk bila direbus.
* Basuh kentang dan beras bersih sebersihnya. Bagi yang Islam, eloklah selawat dan baca Ayat Kursi hembus ke dalam bahan2 tu supaya anak kita nanti jadi anak yang beriman, bertakwa, taat dan bijak pandai hendaknya. InsyaAllah.
* Masukkan ke dalan periuk kecil dan rebus sampai betul2 hancur semua. Kiranya sampai dah sebati beras dan kentang tu. Then blend (jangan terlalu pekat sebab kena tapis). Lepas tu bolehlah suap pada bayi

 https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRe93NM4K23eNOo871eGq7bYGuN5dicFXXpW6Lg0Kx-ZYfikQRs

FRUIT PUREE

Bahan-bahan: 

- Epal/Pear 
- Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak

Cara Penyediaan:

* Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan.
* Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak
  sehingga halus.
* Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.


CHICKEN / MEET PUREE

Bahan-bahan:

- Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
- Stock ayam/daging yang dibuat sendiri

Cara Penyediaan:

* Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah).
* Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar.
* Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.
* Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. 

RESEPI MASAKAN KENTANG
* Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas

Bahan-bahan:

- Sebiji kentang
- Sekeping keju cheddar
- 1-2 pokok brokoli
- 2-3 sudu air suam,susu ibu atau formula

Cara Penyediaan:

* Bersihkan kentang,rebus dengan kulitnya hingga empuk
* Rebus brokoli hingga masak.
* Siat kulit kentang,potong kecil
* Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
Kisar hingga halus berkrim.


BUBUR NASI

Bahan-bahan:

- Beras (bersihkan)
- Ikan segar (dibuang tulang) / ikan bilis
- Sehelai daun saderi / cellery
- Secawan air

Cara Penyediaan:

* Rebuskan beras.
* Ikan dipotong kecil,jika guna ikan bilis,rendam selama 5minit utk mengeluarkan kandungan
   garam.
* Masukkan semua bahan-bahan ke dalam nasi.
* Potong daun saderi / batang cellery kecil-kecil.
Didihkan hingga masak.
* Pastikan sukatan & tekstur hidangan sesuai mengikut usia


RESEPI KENTANG,LOBAK & PIS BERSUSU

Bahan-bahan:

- 1/4 biji kentang (potong dadu)
- 1/2-sebiji lobak merah (potong dadu)
- 1 sudu kacang pis sejukbeku
- 2 cawan air
- 2 sudu susu ibu/formula/susu segar

Cara Penyediaan:

* Rebus kentang & lobak dengan api kecil hingga empuk.
* Kemudian masukkan kacang pis.
* Didihkan,masukkan susu & kacau.
* Masak. Lenyek untuk bayi 8bulan ke atas. Kisar halus untuk bayi 6bulan.


BUBUR TAUHU, BROKOLI, LOBAK & AYAM

Bahan-bahan:

- 1 sudu nasi
- 1/4 kepingan tauhu
- Kepingan dada ayam (potong dadu)
- Lobak merah (dihiris)
- 2 pokok kecil brokoli

Cara Penyediaan:

* Kukus kesemua bahan.
* Kisar mengikut tekstur yang sesuai. (Sesuai untuk bayi 8bulan ke atas)


BUBUR NASI & KURMA

Bahan-bahan:

- 2 sudu nasi yang telah dimasak
- Beberapa biji kurma (buang biji)
- 1/4 cawan air suam

Cara Penyediaan:

* Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
* Kisar sebelum dihidangkan.

 
 
SUP KOBIS BUNGA DAN KENTANG

Bahan-bahan:

- 1/4 Kobis bunga (potong kecil)
- 1 biji kentang (potong dadu)
- Ikan bilis (ditumbuk halus)
- 5 cawan air

Cara Penyediaan:

* Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk,masak dengan api sederhana.
* Didihkan,tutup periuk.
* Masak untuk selama lebih kurang 20min.
* Kisar halus dan hidang.


KENTANG LECEK
* Sesuai utk Bayi setahun ke atas

Bahan-bahan:

- 6 biji kentang saiz sederhana (dikupas,potong dadu)
- 1/4 cawan mentega
- 3/4 sudu teh garam
- Lada sulah secukup rasa
- 1/2 cawan susu (susu ibu,formula,susu segar)

 Cara Penyediaan:

* Rebus kentang hingga empuk. Toskan.
* Masukkan susu,mentega,garam & lada sulah. Lecek/kisar hingga lembut & berkrim.


STRAWBERRY SHAKE

Bahan-bahan:

- 1 cawan yogurt strawberry (plain/full fat)
- 1 cawan buah strawberry
- 1/2 cawan susu (susu ibu,formula,susu segar)

Cara Penyediaan:

* Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar,kisar hingga halus berkrim.
* Juga boleh digantikan dgn buah-buah lain mengikut selera anak anda

SUP KRIM BROKOLI

Bahan-bahan:

- 250gm brokoli - dipotong
- 100gm bawang besar
- 50gm leek
- 50gm seleri1 helai daun salam (bay leaf)
- 30ml krim masakan
- Air rebusan sayur secukupnya
- Garam dan serbuk ladaputih secukup rasa
- Minyak zaitun untuk menumis

Cara Penyediaan:

* Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, leek, seleri dan daun salam sehingga naik bau.
* Kemudian masukkan brokoli dan kacau rata sehingga masak.
* Seterusnya masukkan air rebusan sayur dan biarkan mendidih. Sejukkan seketika.
* Setelah itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan sebati.
* Kemudian tuangkan ke dalam periuk dan didihkan.6. Akhir sekali, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.
(sedap dihidang bersama roti bakar,roti bawang putih)

BUBUR KELEDEK UNGU

Bahan-bahan:


- Bubur nasi secukupnya 
- 1 Biji keledek ungu
- 1/2 Potong labu (lebih kurang setengah tapak tangan)
- 1 Potong ikan siakap
- Air Untuk Merebus

Cara Penyediaan:

* Basuh keledek ungu dan labu
* Rebus keledek ungu dan labu hingga empuk.
Angkat dan tos.
* Masukkan dalam blender keledek ungu, labu, ikan siakap dan bubur nasi.
* Kisar hingga hancur dan halus.
* Sedia untuk disuapkan kepada bayi anda

 

BUBUR LOBAK MERAH

Bahan-bahan:

- Bubur nasi secukupnya
- 2 batang lobak kecil (baby carrot)
- 1 keping dada ayam (direbus)
- 3 biji badam (dikisar halus)
- Air untuk merebus secukupnya

Cara Penyediaan:

* Rebus lobak kecil dan dada ayam sehingga empuk
* Kemudian masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pengisar bersama air rebusan tadi
* Kisar bubur sehingga sebati
* Akhir sekali, sedia untuk dihidangkan kepada si kecil.

 

   KENTANG, LOBAK DAN PIS BERSUSU

   Bahan-bahannya:

- 1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
- 1 sudu lobak merah dadu
- 1 sudu kacang pis beku
- 2 cawan air
- 3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Cara Penyediaan:

* Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
* Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.
* Masukkan susu, kacau. Hidangkan
* Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

                     
BUBUR TAUHU, BROCOLI, LOBAK MERAH & AYAM
* Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas.

Bahan-bahan: (2 hidangan atau lebih)

- 1 sudu nasi
- 1/4 keping tauhu
- 1/4 keping dada ayam - potong dadu
- 3 hiris lobak merah
- 3 kuntum kecil brokoli

Cara Penyediaan:

* Kukus semua bahan
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.
* Masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas
* Bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula
  tudung periuk
* Lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat

 




BUBUR NASI, IKAN MERAH DAN LOBAK
* Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.

Bahan-bahan:

- 3 sudu nasi yang baru dimasak
- Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu lobak merah yang telah didadu
- 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
- 1 cawan air

Cara Penyediaan:

* Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
* Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah   
  lembut dan ikan masak.
* Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
* Kisar halus atau terus hidangkan.


SUP BUNGA KOBIS DAN KENTANG
* Sesuai Bayi 8 bulan ke atas.

Bahan-bahan:

- 1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
- 1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
- 5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
- 5 cawan air

Cara Penyediaan:

* Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.
* Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.
* Kisar halus. Hidangkan.



 
AYAM DAN BAYAM

Bahan-bahan:

- 1 ulas bawang putih
- 1 keping dada ayam
- semangkuk bayam
- sesudu minyak untuk menumis
- 2 gelas air - cukup untuk empukkan ayam dan berkuah sedikit.

Cara Penyediaan:

* Tumis bawang putih hingga naik bau
* Masukkan ayam dan tumis sekejap (suku masak)
* Masukkan air dan biarkan ayam tu masak secukupnya
* Masukkan bayam dan biarkan masak
* Angkat, sejukkan dan blend


SUP IKAN

Bahan-bahan:

- 2 biji buah pelaga
- 3 biji bunga cengkih
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 ulas bawang putih
- sekeping ikan tenggiri - potong kecik-kecik
- 1 gelas air

Cara Penyediaan:

* Tumis rempah sampai naik bau
* Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau
* Masukkan air dan ikan
* Biarkan mendidih sehingga ikan masak
* Angkat, sejukkan dan blend dan simpan.


BUBUR AYAM + LABU

Bahan-bahan:

- 1 sudu besar Beras (Basuh & toskan)
- 1 sudu Besar Labu kuning yang di potong Dadu
- 1 Sudu Besar isi ayam yang di potong dadu
- 2 -3 cawan air

Cara Penyediaan:

* Rebuskan beras, ayam dan labu hingga empuk dan lembut
* Bila dah masak biar sejuk sedikit dan kemudian blend
* Siap untuk di hidangkan


KENTANG, BROCOLI, KEJU BERKRIM
* Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas

Bahan-bahan:

- Kentang saiz kecil 1 biji
- Keju cedar 1 keping
- Brokoli 2 'pokok' kecil
- 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara Penyediaan:

* Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
* Rebus brokoli sehingga masak.
* Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
* Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim


BUBUR OAT, IKAN & SADERI
* Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan:

- 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
- 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
- 1 helai daun sedari
- secawan air

Cara Penyediaan:

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun 
   saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.



PemaKanan Si Manja..



Teruja rasanya bila berkongsi bab pemakanan si manja. Sebagai Ibu mestila kita nak sediakan makanan yang terbaik untuk anak kita. Biarla makanan yang kita hidangkan penuh khasiat untuk tumbesaran mereka agar menjadi anak yang sihat, cergas, cerdik, pintar dan yang paling utama sekali menjadi anak yang soleh / soleha. Ini kerana masakan daripada air tangan seorang Ibu banyak berkat yang tersembunyi.

Masuk sahaja usia 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula diperkenalkan kepada makanan pejal. Sedikit demi sedikit mereka belajar mengenali makanan yang pelbagai jenis dan rasa. Supaya anak terus mendapat makanan yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesarannya, ada beberapa tip yang boleh dikongsi bersama. 
Setelah semakin membesar, tabiat pemakanan anak anda akan mula berubah. Begitu juga dengan keperluan pemakanannya. Tahun-tahun awal ini adalah waktu pesat untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Ini jugalah masanya tubuh memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tumbesaran berjalan lancar. Ketika ini peranan ibu bapa sangat penting. Mereka perlu memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut anak benar-benar berkhasiat.


Untuk membantu anak mendapatkan nutrien yang cukup bagi tumbesaran yang optimum, ada beberapa tip boleh dijadikan amalan.

Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.

Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.  Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.

Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin. 

Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.

Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.

Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan  2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tip 7: Makan bersama keluarga

Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.

CARTA PEMAKAN BAYI

Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.

6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.