Saturday 19 January 2013

'Bersama' Ketika Hamil

Bersetubuh ketika hamil sering menjadi persoalan kepada suami dan isteri terutamanya ketika mengandung anak pertama. Adakah melakukan hubungan kelamin atau jimak ketika isteri sedang hamil akan membahayakan isteri dan kandungan?

Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang. 



Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan.
Ini termasuk:
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan.

Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami
kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Terdapat beberapa keadaan di mana anda mungkin perlu berhati-hati semasa berasmara. Jika anda mempunyai sebarang pendarahan atau penitikan darah pada awal kehamilan, doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga anda mencapai 14 minggu.

Beliau mungkin juga akan menasihatkan bahawa adalah baik jika anda tidak melakukan hubungan seks untuk sepanjang kehamilan anda jika anda mempunyai:
Anda mungkin pernah diberitahu bahawa melakukan hubungan seks di peringkat lewat kehamilan boleh mencetuskan kelahiran, kadangkala sebelum bayi anda bersedia untuk dilahirkan. Ini adalah satu mitos. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa tiada kaitan antara hubungan seks semasa kehamilan dan kelahiran pramatang. Namun, besar kemungkinan bahawa hubungan seks secara kerap semasa kehamilan menyebabkan anda tidak akan melahirkan secara pramatang!

Jika anda mempunyai sejarah bersalin pramatang, situasi adalah sebaliknya. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks pada trimester terakhir kehamilan. Ini supaya mengelakkan kemungkinan proses kelahiran dicetuskan akibat hormon "rasa-nyaman" oksitoksin yang dikeluarkan semasa hubungan seks.

Panduan posisi terbaik untuk Bersetubuh Ketika Hamil

1. Posisi wanita di atas
-Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk
wanita hamil.
-Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.
2. Posisi wanita menonggeng
-Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.
3. Posisi duduk.
-Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
-Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.
4. Posisi berlutut atau berdiri.
5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.

Walaubagaimanapum, ada beberapa kemungkinan di mana hubungan seks boleh membahayakan kandungan iaitu: 
  • Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
  • Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
  • Isteri mengalami pendarahan.
  • Suami atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.

Simptom Kehamilan Yang Tak Boleh Di abaikan

Sepanjang kehamilan, sudah semestinya kita menginginkan keadaan diri dan kandungan kita sentiasa sihat dan selamat..tetapi berwaspadalah, jangan sesekali mengambil mudah sekiranya anda mengalami beberapa situasi seperti di bawah..Langkah bijak anda untuk mendapatkan rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda dan bayi anda..So, perhatikan simptom tersebut samada anda mengalaminya atau tidak..

Anda rasa "tidak begitu sihat"

Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.

Doktor anda menjangkakan panggilan seperti ini dan akan sedia memberikan nasihat kepada anda. Badan anda berubah dengan cepat dan kadang-kala ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasa adalah "normal" atau tidak.

Sakit di bahagian tengah abdomen

Sakit di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan. Ia menunjukkan samada:
Ia mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Sakit bahagian bawah abdomen

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi, atau di perut adalah petanda beberapa keadaan. Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin ia:

 

Demam

Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Gangguan penglihatan

Jika anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam, panggil doktor anda. Simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pra-eklampsia.

Bengkak tangan, muka dan mata

Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia.

Sakit kepala yang teruk dan berkekalan

Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam, bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mempunyai pra-eklampsia.

Pendarahan vagina yang sedikit atau banyak

Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius:
  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran pramatang (perlahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

Rembesan cecair dari vagina

Rembesan cecair dari vagina sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda akan memasukkan anda ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam.

Peningkatan rasa dahaga

Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang kencing, ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (atau diabetis gestasi). Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

Sakit semasa pengencingan

Sakit semasa pengencingan diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran urin. Jumpalah doktor. Dia akan merawat dengan antibiotik.

Muntah yang teruk

Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pra-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua kes, hubungi doktor anda.

Pengsan atau pening

Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda untuk memastikan tiada masalah.

Pergerakan bayi semakin perlahan

Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan).

Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan

Simptom-simptom ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan urin berwarna gelap dan najis yang pucat.

Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

Anda jatuh atau terhentak pada perut

Jatuh tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.



Saturday 12 January 2013

Teknik bernafas untuk pelahiran


 Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

 

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa
kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.


Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal
 




Tips Untuk Meneran

Tips nie aku jumpa kt blog http://ratuhati.com/forum  n http://fida-ilias.blogspot.com so bolehla share sesame yea..Thanks pada yg sudi berkongsi tips nie..Walaupun time bersalin dulu aku lgsung x tau tips2 mcm nie..smpikan smput jdnya..huhuhu..Sape suruh xnk blajar kn..hehehe


Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….

Ade juga ibu2 lain berkongsi pengalaman lain. contohnya:

"time nk meneran tu tangan pegang kat buku lali...n kacip gigi untuk memberi kekuatan pada kita...jgn bunyikan mulut time tu k....InsyaAllah sekali teran aje.... semasa baby keluar tu tahan nafas k..klu tak baby akan masuk balik..memang perlu tarik nafas cepat2 bila hampiir putus nafas dan sambung teran..."

"Saya ingat pesan kawan saya, waktu meneran tu, jangan fokus kat muka, mean time meneran, jangan kerutkan dahi @ muka, kita akan guna lebih tenaga kat muka dan tak fokus kat bahagian bawah. Macam saya, bila nurse arahkan, angkat lutut, tapak kaki msti rapat atas tilam. Kalau boleh buka peha (kangkang) lebar sikit, pegang pergelangan kaki (area buku lali)"

Ade jugak yg suh wat senaman semasa hampir nak bersalin:

a) Tailor Sitting 
Kebaikannya :  Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan, Melembutkan sendi pelvic dan Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

b) Pelvic rock

Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
Kaedah:
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

c) Wall slide
Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
Naik ke atas semula.
Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.


Pemilihan Nama-nama Bayi

Wahh..bila dh di sahkan preggy nie..kompom smua truja nk pilih nama utk baby kn..msing2 nk cr nm untuk baby boy n girl..Mcm2 gak ngn aku ngn Hubby..msing2 dh cr nm utk baby...Tp seeloknya cr nm bila usia kndungan dh 7 bulan ke atas yea..So aku pilih nm utk baby Boy..Hubby lak aku suh cr nm utk baby girl..So Alhamdulillah..dpt gak nm yg cantik..x perlulah ltak nm baby yg moden2 tp x mksud keislaman lgsung..x elok jgk kn..kita nk ltak nm yg baik2 biar baby2 nnt sepadan dgn nama yg kita ltak..tp zmn skrg, org melayu pn ltak nm ank cam Mat Salleh..Aku pn x phm lgsg la..huhuhu..Padahal dlm Islam pn kita dh tau di sunnatkan meletakkan nama2 bayi yg indah2..




Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w.;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah[9] nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami
r.a.)

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar[11], Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; ‘Tidak ada’. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu[12]”. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.
Sabda Rasulullah s.a.w.;

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berkata Imam Nawawi; berkata para ulama’; memberi nama dengan nama ini (yakni Malikul-Amlak) adalah haram.[14]
Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’.[15]
Begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.[16]
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.
Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

 So, kt sini aku kongsikan sedikit nama-nama islam bayi yang menjadi pilihan ibubapa masa kini..


Nama Baby Boy

Muhammad: Praised; the name of the Prophet
Hafiz: Penjaga, pelindung
Fikri: Fikiranku, pemikir, pemikiranku

Muhammad: Praised; the name of the Prophet
Ziyad: Pertambahan, kelebihan
Danish: Pengetahuan, bijak

Mohd: Singakatan ejaan untuk Muhammad
Rayyan: Kepuasan; pintu syurga utk orang yang berpuasa
Izyan: Perhiasan

4. Muhammad Anaqi Fathullah
Muhammad: Praised; the name of the Prophet
Anaqi: Keindahanku yang menawan hati
Fathullah: Pembukaan, kejayaan Allah

5. Muhammad Ariq Firdaus
Muhammad: Praised; the name of the Prophet
Ariq: Baik budi, mulia asalnya, bijaksana
Firdaus: Nama syurga tertinggi



Nama Baby Girl

1. Nur Qisya Rania Amanda
Nur: Cahaya
Qisya: Hidup dalam keadaan baik. Varian dari Aisha
Rania: Kesukaan, kesenangan
Amanda: Lovable

2. Airis Adra Shafiyah
Airis: Sejenis bunga – iris
Adra: Virgin. Also an Greek name meaning beauty
Shafiyah: Jernih

3. Iffah Damia Nur Aqeela
Iffah: Tahu harga diri
Damia: Kebijakan
Nur: Cahaya
Aqeela: The best, the very best
4. Azzalea Nadhira Zahra
Azzalea: Kekal Abadi
Nadhira: Yang berseri-seri
Zahra: Bunga

5. Dhia Hana Khalishah
Dhia: Sinaran
Hana: Kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan
Khalishah: Murni





Nama-nama yang Dilarang


Afinah- Yang bodoh
Asyirah- Yang tidak bersyukur atas nikmat
Baghiah- Yang zalim, jahat
Baqarah- Lembu Betina
Dahriyah- Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah- Goncang, stress
Dami'ah- Yang mengalir air matanya
Fasyilah- Gagal, kalah
Ghamitah- Yang tidak mensyukuri nikmat
Haqidah- Yang dengki
Huzn- Kesedihan
Khasirah- Yang rugi
Jariah- Hamba suruhan perempuan
Kafirah- Yang kafir, yang ingkar
Laghiah- Sia-sia, tidak berfaedah
Maridah- Yang menderhaka
Nasyizah- Yang menderhaka dan melawan suami
Qabihah- Yang buruk, hodoh
Qazurah- Kejahatan, perzinaan
Razi'ah- Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
Safilah- Yang rendah dan hina
Sakirah- Pemabuk
Syafihah- Yang bodoh
Syarrul Bariyyah- Sejahat-jahat manusia
Talifah- Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah- Yang papa kedana
Wahinah- Penakut
Wasyiah- Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Waqi'ah- Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalilah- Yang hina
Zaniyah- Penzina, pelacur
Zufafah- Racun pembunuh


Nama-nama Yang Makruh Dalam Islam

- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.


p/s Nk tau lbih lanjut bleh cari nama-nama islam kt website http://name.crazyartzone.com/

Saturday 5 January 2013

Tips / Petua Mudah Hamil

Hmmm topic nie agak sensitif skit..Tp kita just nk share pendapat n ilmu untuk semua..Bagi yang dh menjadi Ibu Tahniah diucapkan..Bagi mereka yg masih belum dikurniakan zuriat wlpn sdh bertahun melayari bahtera rumahtangga,jangan berputus asa atau bersedih..Anggaplah belum ada rezeki dari yang maha Esa.. Kerana hanya DIA yang menentukan proses kejadian manusia di muka bumi ini..Tp apepn, kita jgk digalakkan untuk berusaha..jangan menyerah pada takdir semata-mata yea..Tp bg yg baru je melayari alam perkahwinan, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan cahayamata..Jangan beranggapan sesudah sah menjadi isteri, anda sepatutnya boleh hamil..Ini kerana pakar perubatan mengatakan, wanita yang berumahtangga dalam tempoh 2 tahun ke bawah dan masih belum mempunyai zuriat adalah NORMAL dan bukan sebab mereka bermasalah..Kategori bermasalah adalah bagi tempoh perkahwinan 3 tahun ke atas..Bg golongan nie, memang disarankan berjumpa doktor utk mengetahui masalah atau tahap kesuburan anda dan suami..Suami jgn plak duk salahkan isteri yg x preggy2 lg..dlm kes nie..anda berdua knela sepakat untuk menjalani ujian kesihatan..Nnt br leh tau ada masalah or x...Mcm aku dlu jgk..Dh genap usia perkahwinan 2 thn br preggy..Sblm nie org ckp mayb aku ada problem kot cz sjk kahwin x hamil2 lg..Tp aku just mampu SENYUM je la..ckp je blom REZEKI..hehehe
So, kt sni aku nk kongsi sikit ilmu2 yg aku dapat or pelajari dr mana2 sumber yg boleh dipercayai..Hehehe..Ingat, Kita hanya mampu berusaha..tp Tuhan jgk yg Menentukan..Semoga Berjaya....(^_^)

Pandangan Perubatan / Moden

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
 Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami.
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin.
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin .
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
 Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
 10. Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

 

 

Pandangan Menurut Islam

Dulu aku penah tengok rancangan TANYALAH USTAZ….Ada dikongsikan 1 petua bagaimana cara kita untuk mudah mengandung @ hamil...So anda boleh la cuba petua ini plak..
1. Ambil 4 biji buah kurma…suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2.
Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat (Pandangan Ustazah Siti Nor bahyah)

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua:
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.