Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda
akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah
telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan
tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan
menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap
secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda
mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.
Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan
anda.
Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.
Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan
perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan
"LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan
"RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan
biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan
"RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda
menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada
otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus
nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan
nafas akan berlaku dengan sendirinya!
• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan
pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi
yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada
penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman
pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik
pelahiran). Suami anda dapat
membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda
perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau
meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda
boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan
menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.
Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran
Semasa fasa
kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan
nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah
bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.
Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.
Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.
Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala
wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam
kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan
masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda
boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di
arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula,
berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan
seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya
tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara
kontraksi, bernafaslah dengan normal
Tips Untuk Meneran
Tips nie aku jumpa kt blog http://ratuhati.com/forum n http://fida-ilias.blogspot.com so bolehla share sesame yea..Thanks pada yg sudi berkongsi tips nie..Walaupun time bersalin dulu aku lgsung x tau tips2 mcm nie..smpikan smput jdnya..huhuhu..Sape suruh xnk blajar kn..hehehe
Waktu Mula Meneran
* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
Posisi Meneran Yang Tepat
* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.
Cara Meneran
* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.
Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.
Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.
Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….
Ade juga ibu2 lain berkongsi pengalaman lain. contohnya:
"time nk meneran tu tangan pegang kat buku lali...n kacip gigi untuk memberi kekuatan pada kita...jgn bunyikan mulut time tu k....InsyaAllah sekali teran aje.... semasa baby keluar tu tahan nafas k..klu tak baby akan masuk balik..memang perlu tarik nafas cepat2 bila hampiir putus nafas dan sambung teran..."
"Saya ingat pesan kawan saya, waktu meneran tu, jangan fokus kat muka, mean time meneran, jangan kerutkan dahi @ muka, kita akan guna lebih tenaga kat muka dan tak fokus kat bahagian bawah. Macam saya, bila nurse arahkan, angkat lutut, tapak kaki msti rapat atas tilam. Kalau boleh buka peha (kangkang) lebar sikit, pegang pergelangan kaki (area buku lali)"
Ade jugak yg suh wat senaman semasa hampir nak bersalin:
a) Tailor Sitting
Kebaikannya : Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan, Melembutkan sendi pelvic dan Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai.
Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
b) Pelvic rock
Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
dapat mengurangkan sakit belakang. Kaedahnya:
Kaedah:
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata.
Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.
Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/belakang.
Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
c) Wall slide
Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.
Naik ke atas semula.
Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya.
Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

No comments:
Post a Comment