Jangan
terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya.
Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi
anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit
bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses
semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi
belum stabil.Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda
akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok
merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain.
Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin
membesar.
Selain
itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda
dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan
tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah
menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit. Lazimnya,
bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari
dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan
asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat
suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan
penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan
perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan
pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui
perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk
memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda
haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda
menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia
lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika
bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya
untuk merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara
anda berdua.
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
1) Memandikan Bayi
Mandikan
bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk. Pastikan air mandi itu
suam selesa tetapi tidak panas sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya. Air
yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai.
Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Setengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.
Tuangkan air sejuk ke dalam besen dahulu, kemudian air panas. Ini akan mengurangkan risiko melecurkan bayi anda. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda dalam besen atau tab semasa air paip sedang mengalir. Suhu air boleh berubah dengan pantas.
Jika anda menggunakan tab orang dewasa, tutupkan semua kepala paip. Ajar bayi anda supaya tidak menyentuh kepala paip dalam masa dia sedang membesar dan bertatih. Walaupun dia tak pandai membukakan paip sekarang, namun, tak lama lagi dia akan mempunyai cukup tenaga untuk membukanya, dan dia boleh melecurkan kulit sendiri.

Jika anda mempunyai kedua-dua kepala paip air panas dan sejuk, anda boleh memasang injap kepada kepala paip panas yang mencampurkan air. Ini akan mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas apabila ianya keluar dari kepala paip. Kanak-kanak boleh melecur kulit darjah dua dan tiga dalam beberapa saat sahaja dia berendam dalam air yang terlalu panas.
Walaupun air mandinya mungkin suam, suhu badan bayi anda boleh menurun dengan pantas apabila anda keluarkannya dari air mandi, jadi pastikan bilik anda panas selesa. Apabila mengangkat bayi anda dari besen mandi, balutkan dia dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan lampinnya.
Lepas itu, balutkan bayi dalam tuala kering atau selimut sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
2) Tali Pusat
Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk
tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang
diberikan doktor. Baki tali pusat bayi anda akan gugur lebih kurang seminggu
selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor anda akan menyemat tunggul itu
dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan
selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.
Tunggul itu akan mengecut, menjadi hitam dan gugur. Akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda. Anda perlu memastikan baki tali pusat bayi anda itu bersih dan kering untuk mencegah jangkitan. Anda boleh melakukan ini dengan memandikan bayi anda dari atas ke bawah dengan flanel suam basah. Tidak menjadi masalah jika tunggul itu terkena air. Ini tidak akan melambatkan pemulihan atau memudahkan lagi kebarangkalian infeksi.
Anda boleh mencuci tunggul bayi dengan air biasa, atau dengan sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci bayi pH neutral yang dicampurkan kepada air mandi. Selepas dimandi atau dicuci, tepuk-tepukkan tunggul itu dengan tuala atau kain lembut. Pastikan bayi anda tidak sejuk dan biarkan tunggul kering dengan baik sebelum memakaikan lampin.
Anda tak perlu menggunakan antiseptik untuk baki tali pusat itu. Cukup setakat memastikan ianya bersih. Menggunakan antiseptik bermakna tunggul itu akan mengambil lebih lama masa untuk menanggal.
Walau bagaimanapun, jika bayi anda dilahirkan pramatang atau telah menghabiskan masa di bawah rawatan khusus, elok juga dipastikan tunggul dicuci bersih dengan antiseptik. Bayi tidak akan mandi untuk beberapa lama lagi. Kakitangan di unit neonatal akan menasihati anda tentang bagaimana menjaga bayi dan memastikan dia bersih.
Berikut adalah beberapa lagi tip yang boleh ikuti untuk merawat tunggul bayi anda.
• Pastikan anda mencuci tangan, sebelum dan selepas pertukaran lampin dan cucian.
• Biarkan tunggul itu gugur dengan sendirinya. Jangan tarik ia.
• Jangan biarkan tunggul itu bergelimun air kencing atau najis. Anda boleh lakukan ini dengan melipat pinggang lampin bayi ke bawah. Ini akan membiarkan tunggul itu terdedah kepada udara atau ditutup oleh baju yang longgar dan bersih. Setengah lampin mempunyai lubang di depan untuk membiarkan tunggul itu terdedah.
• Jika tunggul itu terkena air kencing atau najis, basuh rapi dengan pencuci bayi pH neutral.

Setelah tunggul itu gugur, tunggu antara tujuh
hingga 10 hari bagi tempat di kelilingnya pulih sepenuhnya. Anda mungkin ternampak sedikit darah di
lampin bayi anda. Ini adalah normal.
Kadangkala baki tali pusat itu mengambil lebih masa untuk pulih, dan cebisan daging berketul akan muncul di tempat luka. Ini bukan sesuatu yang membimbangkan, dan ketulan ini akan hilang dalam sedikit masa.

Adalah normal bagi baki tali pusat kelihatan kotor semasa ia memulih, atau
terdapat nanah di bahagian bawah. Ini tidak bemakna ia telah dijangkiti.
Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai tanda-tanda yang berikut, ia bermakna baki tali pusat itu telah berjangkit:
Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai tanda-tanda yang berikut, ia bermakna baki tali pusat itu telah berjangkit:
- Bayi anda mendapat demam panas, menjadi lesu, tidak mahu makan seperti biasa, atau kelihatan tidak sihat.
- Pusatnya dan kawasan sekeliling menjadi bengkak atau busuk atau berair.
Minta doktor anda memeriksa baki tali pusat bayi anda jika risau tentang
rupa dan baunya.
Kadangkala, tetapi jarang, baki tali pusat bayi memulih lebih lewat dari normal. Daging di bahagian dalam tunggul itu kelihatan bersih tetapi masih tidak pulih dan terasa sakit. Jika ini berlaku, minta doktor anda memeriksa tunggul itu.
Doktor anda barangkali mahu menutupkan tunggul itu. Penutupan diberi nama pengkauterian. Ia prosedur mudah. Doktor anda akan menggunakan batang kecil diberi nama batang perak nitrat. Ia adalah prosedur biasa dan tidak akan menyakitkan bayi anda sama sekali.

3) Memakai / Menukar lampin
Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang
mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan
menyebabkan ruam lampin. Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin
setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam,
sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi
membuang air besar.
Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam.
Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih
4) Membedung Bayi
Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan
kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan
dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan
yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya
adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan
bayi apabila dia terlalu terangsang.
Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.
Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

Bagaimana cara membedung bayi?
Ambillah langkah-langkah berikut.
- Letakkan helain kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
- Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi
- Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya, dan masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
- Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
- Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.
Sesetengah bayi lebih suka
dibebaskan lengan, jadi anda mungkin mahu membedung bayi anda dari bawah
ketiaknya, supaya dia dapat menggunakan tangan dan jarinya.
Satu perkongsian yang menarik..;)
ReplyDelete