Wednesday, 10 September 2014

ANAK MERAGAM???


Assalamualaikum semua...
Lama benor tuan empunya blog menyepi...huhuhu...smpikn x sempat nk reply comment
u all smua..maaf yea..agak bz skit ngan ruin harian..tambah bz dgn kelahiran putera yg kedua..Alhamdulillah...kini dh berusia 3 bulan..So skrg abg Adam Rayyan dah punya adik..(^_^)
Bila ahli syurga bnie bertambah,automatik rutin harian kita pn trut berubah..kalau dlu jaga sorang ank je..kini kasih sayang terpaksa bahagi dua..yg penting perhatian kita as mother pn lbih trumpu pada c kcik..

Kali ni sy nk kongsi topic "Mengendalikan Sikap Anak"...Msti di antara kita WAJIB mengalami situasi ini bila mempunyai anak kedua atau seterusnya..Sikap perubahan ketara pada anak sulong kita..mcm2 jgk dgn Abg Adam..Bila dh ada adik, mungkin dia rasa spt x disayangi..apatah lagi usianya sdh mnjangkau 2tahun..Asyik nak memberontak..menjerit..mengamuk bila keinginannya tak dipenuhi..Bila dh marah,adik dia akan mnjadi slh seorg mgsa d kerjakannya..huhu..mula2 memang sbg ibu,saya agak stress sdikit nk mngndalikan sikap ank sdmikian..cz sblm ada adik, prangainya mmg brbza..mayb sbb prhatian kt tumpu spnuhnya pd dia..
Tapi sy selalu mencari info bagaimana nak menagani situasi ini..Alhamdulillah, sedikit sbnyk saya memahami apa sbnrnya yg dialami oleh anak-anak kita..sememangnya ia adalah NORMAL dilalui oleh stp kanak-kanak yang berusia 1.5-2.5 tahun..

Apa yang pntg, sy slalu tanamkan sifat SABAR..slalu ingat,anak-anak dihadapan mata ini adalah amanah dan pinjaman semata-mata dari Allah S.W.T..Bila2 masa DIA boleh ambil drpd kita,dan bila tiba saat nnt kita juga akan d prsoal tntg amanah yg kt jaga selama ini..Anak-anaklah pembawa rezeki kita..yg akan snts mendoakan kita..yg penting merekala juga yg akan mengimamkan kita serta memandikan jenazah kita kelak..So didikan yg betul hendaklah dilakukan sedari mereka kecil agar menjadi ank yg kita harapkan dewasa kelak..Mcm2 jgk saya..Setiap kali bila rs nk marah sy pandang muka anak saya..dan saya tak mengira usianya dalam kiraan tahun cz bagi saya kiraan tahun umpama tempoh yg agak lama..so pasti kita akan fikir ank kita dh bsr ape suma..tapi saya melihat ank saya dlm kiraan bulan atau hari..Sy slalu fikir..ank sy baru lahir kat dunia 24bulan lepas atau x smpai 730hari..rs terlalu singkat lg ms2 jika d undur ke blkg sewaktu kita melahirkanya..rasa sakit bersalinkan dia dulu pn x hilang lagi..tapi kita???dh lahir beratus bulan atau berpuluh ribu hari dh..Terlalu jauh angka itu jika dibandingkan bukan??Inila yg mnybbkn sy snts mnginsafi diri betapa terlalu kecilnya mereka utk kita marahi atau pukul..

Tapi 1 yg sy amalkan..jika sy terlepas mnggi suara trhdp anak, bila reda sy pasti memohon maaf pada dia dan terangkan segala kesalahan dia yg x patut dia ulang smbil mnasihati dia..wlpn dia masih x memahmi apa2,bg sy kemaafan itulah yg akn mmbuat sy lbh brhati2 bila brhadapan dgn situasi sbgini..
So bagi ibu2  d luar sn, jom kita share pndapat n cara masing2 kita mndidik ank2..mayb boleh d jadikan tips utk mereka mengendalikan situasi anak-anak sebegini..Kt sini sy share sgala Ilmu yg sy dh perolehi utk kalian smua yea..moga bermanfaat utk kita..


Tip utk menangani anak meragam:
* Jangan marah mereka
* cuba pujuk dgn benda yg mereka suka
* Lakukan aksi atau mimik muka yg boleh membuatkan mereka ketawa.
* Jika mereka berjaya diam diri dr meragam, cuba berikan tepukan dan bersorak bg menggambarkan perbuatan mereka itu betul* cium dan ucapkan kata sayang kpd mereka sambil memberitahu dgn lembut perbuatan (meragam) salah
Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.Anak sekecil ini , tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar utk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan utk membantu dia menjadi tenang:
1)Pegang si comel dgn lembut
2)Bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia
3)Baca ayat Al-Quran dan "a'uzubillah hi minassyaaitan nir rajim" supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan anda.
4)Tenangkan dia dgn kata2 kasih dan anda pun perlu tenang.
5)Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukulnya kononnya utk mendisplinkan dia kerana ini hanya akan menjadikan dia anak yg pengecut atau yg suka memberontak.




Q:  Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini 

A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
·         Pastikan anak anda selamat.
·         Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
·         Jangan hukum anak anda.
·         Jangan berikan ganjaran.
·         Jika boleh, asingkan anak anda.
·         Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
















No comments:

Post a Comment