Thursday, 3 January 2013

Pemakanan Sihat Semasa Hamil


Petua nie aku kongsikan dgn korang dr forum http://www.babycenter.com.my..yg pntg time aku pegnent dlu xdela smpi ikut tips mcm nie..aku men bedal je smua..jnji mkanan2 sihat n mnyelerakan..hehehe..

Diet untuk Kehamilan Yang Sihat

Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

Makanlah ikan-ikan yang sesuai

Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.



Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.

Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.
 


Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.



Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.


Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!


Persediaan Para Ibu

Untuk kali nie aku nk share ngan korang senarai keperluan untuk para ibu plak..Especially time nk g hospital..So bukan para isteri je kne amik tau, para suami pn tlgla wat persedian utk isteri anda yea..Knela sm2 amik tau..yeala, yg nk lahir nie zuriat bukti cinta korang jgk..hehehe..


Hospital Checklist

* Untuk Ibu *
  1. Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
  2. Kad Pengenalan
  3. Telefon Bimbit
  4. Baju/Blouses ( 5 helai)
  5. Stokin ( 2 pasang)
  6. Kain Batik ( 3 helai)
  7. Baju/Seluar Dalam ( 5 pasang)
  8. Skaf Kepala/Ki/Tudung ( 2 helai)
  9. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
  10. Majalah/Buku
  11. Tuala Mandi
  12.  Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
  13. Tuala Muka ( 1 helai)
  14. Selipar
  15. Kamera
  16. Air/Minyak Selusuh
  17. Minyak Angin
  18. Air Zam Zam
  19. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
  20. Termos Air Panas
  21. Bag Plastik
  22. Baju Sejuk (Sweater)
  23. Sikat
  24. Breast Pad
  25. Nursing Bra
* Untuk Bayi *
  1. Baby Diapers ( 6 keping)
  2. Baju ( 3 pasang)
  3. Minyak Telon
  4.  Baby Wipes/Wet Tissue
  5.  Tuala Mandi
  6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (4 pasang)
  7. Peralatan Mandi
  8. Selimut/Bedung
  9. Barut
  10. Topi



* Penjagaan Lepas Bersalin *



1) Set Bersalin
 
 
 

 

 

Set bersalin mcm2 jenama korang bleh plih..masing2 ada kelebihan yea..aku dlu ada jgk bli..tp lgsg x pkai pn..hehehehe..Mak aku dh buatkan mcm2 jnis jamu utk aku minum..air knyit la..pcuk betik..jamu hirup-hirupan (org Brunei panggil) then mcm2 lg la..Rs jgn ckpla..nek loya tkak aku mnum..Pahit giler..huhu..So korang pilihla ikut citarasa yea..

2) Bengkung
 

 

Bengkung pn ada mcm2 pesen..tradisional or modern..My mother in law ada blikan jgk..tp time berpantang kt kampung, mak aku pakaikan bengkung tradisional yg gna ntah bape meter kain ntah..pnjg bebenor..nk gna pn smpikn kne ikat kt tiang or tingkap dlu..br leh pkai dgn psing2 kn bdn bape kali..ketat n senak prut rsnya..jalan pn duk terkepit2 je rs..hehehe

3) Tungku

 









Tungku nie jnis elektrik pnye..just cas je smpi pns..Lg mudah n cpt skit berbanding tungku tradisional..pakai pn rs hangat je bdn kita..ltak ah kt mane pn..kt bwh btis,punggung, pinggang or tmpt2 sesuai..Peredaran darah kt pn dpt brjln lancr...

4) Losyen Panas
 
Losyen jenama nie mmg popular..terbukti berkesan..elok digunakan selepas bersalin untuk menghangatkan badan, membuang lemak dan sebagainya..

5) Berurut

Seelok-eloknya selepas 3 hari bersalin g la berurut..Panggil mak bidan g umah senang skit..Berurut nie penting untuk mengembalikan kesegaran badan,memperbetulkan urat2 yg trsimpul,melancarkan peredaran darah dan sebagainya..crla tukang urut yg sememangnya berpengalaman..terpulang pd anda nk berurut bape kali pn..hehehe



Persediaan Menyambut 'Orang Baru'

Hmm topic kali nie memang best nk citer..Bila di sahkan je Pegnent masing2 teruja nk belia barangan kelengkapan bayi kan..hehehe..Mcm2 jgk ngan kitaorg..Tp org tua-tua selalu pesan..x elok beli barangan bayi kalau usia kandungan x smpi 7 bln lg..Tp seingat aku..time kandungan 6 bln kitaorg dh beli skit2..Yeala x nk last minute..Kang dh bso perut nie x larat dh nk jln..ngan kaki membengkak lg..Btol x?hehehe..Tp yg sbnrnya bkn ape pn..Dh excited sgt tgk barangan baby..2 yg bli je..Wlpn time2 x tau lg jntina, so kitaorg bli yg asas2 je dlu..Pakaian2 blkg skit..Tp dh 9 Bln pn x tau lg jantina, so kitaorg bli je la kaler2 yg sesuai utk baby boy n girl..cam biru..hijau..brown..putih..Tp ada gak termasuk kaler pink2 skit..2 pn bkn sj bli..tp dh dia buh skali ngn kaler lain..kira kne bli dlm set ah..huhuhu..So, bakal ibu-ibu yang baru nk survey2 barangan bayi,kt sini aku tlg chechklist kn utk korang smua..tkt ada yg trtggl ke..hehehe..Nie just utk baby je..nnt aku share plak utk para ibu..

1) Set Penjagaan Bayi
Set penjagaan bayi nie banyak..Nie termasuk shampoo, Baby Bath, bedak, losyen, minyak bayi n sebagainya..ikut korangla nk jnama ape..mcm2 ada..beli 1 set pn dh cukup..lgpn set barangan penjagaan nie lmbt skit nk habis..

2) Lampin Pakai Buang


Lampin pakai buang nie korang beli yang Sesuai Utk Kulit Bayi..Lembut dan boleh menyerap cairan yg banyk n snts kering..Beli Saiz Newborn Yea..jgn pulak trus g beli saiz M or L..bkn nk balut bdn baby pn..hehehe
 
3) Baby Wipes


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2p0iGMUc3FVltXtrabBy7tsZbOsB_Y0eTc4U2-Dw064ApFo2sIuesJHottHQq1b02JR9MzgBf5Bu86GPrBqcXO1A7-vWseYeVMyvU1nHkb7iRgc0QIm2sovMrNevvPp7a0mbwW4kBHd4m/s320/AWT100%255B1%255D.jpg
Kepentingan baby wipes nie untuk lap Bontot baby..yeala klu pas baby kencing or berak knela lap..xkn nk bg baby g toilet kot g basuh..hehe..beli yg x bhn kimia k..

4) Tuala




 Tuala Baby aku beli dalam 5 helai..x yah beli banyak2 pn..nie dh kira ok dh..bli la jnis kain yg lembut, tebal n yg penting meresap air..

5) Barut Bayi

Barut zaman skrg mcm2 kaler ader..klu dlu besa gna kaler ptih je..So ikut korangla nk gna kaler ape..Aku beli dlm 10 helai je..

6) Set Tilam Bayi

Hmm tilam nie pn zaman sekarang mcm2 bentuk n saiz ada..Better cr yg tbal skit mcm diperbuat drpd kekabu..thn skit n slesa nk gna..Yg pnting ada sekali bantal n bantal pluk..

7) Set Pakaian Bayi











Set pakain bayi nie termasuk baju lengan panjang & pendek beserta seluar, topi, sarung tangan n kaki,rompers, selimut dan sebagainya..nie memang kne bli lebih skit..cuma jangan beli saiz 0-3 bulan cz baby cpt sgt mmbsr..belila saiz 3 bln ke atas..Lama skit nk gna..klu x mmbzir je..x smpi 3 bln dh x leh gna..huhuhu

8) Minyak Panas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJ7VvAZntahrtXpcUJILrMFmm6YYmcqzPnmkfuCdWXVm9fqqI_Mn_sDRxeEslYTyjRQolVvt0EA8EVD03m1W7bXb7Hr8WNci6kk-G449nnpeLvNFlLxhJBzddXEPIjhXc7-BLcVMuASGfa/s320/imagesCAZ9TGPZ.jpg


Minyak panas nie kegunaanya untuk menghangatkan bayi selepas mandi..n yg penting dpt mencegah bayi daripada kembung perut..Nk guna minyak yuyi, minyak telon or minyak kayu putih pn xpe..

9) Botol Susu 

Nk cari botol susu kenala yg berkualiti..x kisah mahal sedikit janji bayi selamat menggunakannya..Tp yang bercadang nk fully breastfeeding rsnya boleh beli untuk milk storage.

10) Breast Pump
.
Breast pump pn agak penting yea..Kne plak bayi suka sgt tido..so breast pump la penyelesaian untuk kt mnympn stok susu untuk bayi..Nie pn pelbagai jenis n jnama ada..samada yg manual or elektrik..Hrga memang mahal sikit tp leh gna untuk anak-anak yg akan dtg..hehehe

11) Stroller / Car Seat

Bagi aku kedua-dua benda nie penting..tp bknla nk gna time baby br je lahir..nie kt beli kemudian pn x pe..dlm usia baby 3 bln ke atas kira boleh dh beli..

12) Katil Bayi

 Benda nie bagi aku x penting sgt..ada pn xpe, klu xde pn aku x ksh..jnji baby dh ada tilam sndr pn dh ckup..Tp sbgi parent apetah lg ank sulong, klu bleh mmg kt nk sdiakn smuanya..Btol x??hehe..so Tepuk dada tanya selera anda...


So, barang2 len yg aku bleh listkan mcm kt bwh:
- kepit Kuku
-Kain Lampin
-Bakul baju Kotor
-Almari / Bakul baju bayi
-Cotton Buds
-Sikat
-Pencuci Botol
-ape2 yg penting lg la..hehehe