Pic time g hospital cek demam kuning
.
Apakah
penyebab jaundis
Jaundis
berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah
kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel
darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi
bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui
pembuangan najis dan air kencing.
Ketika
bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila
berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang
belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas
sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis
terjadi.
Biasa
berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan
meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat
sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko
adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis
jaundis
Adalah
penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan
kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
- Jaundis Normal/Physiologic
Biasa
terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik
tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu
beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah
mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak
dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis
dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4
selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
- Jaudis Pathologic
Terjadi
akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku),
kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat
rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah
berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula
dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh
juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan
suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
- Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu
yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan
bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas
3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat
susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin
meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan
badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi
mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin
menurun.
Rawatan
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
- Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan
kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan
langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya
- Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
- Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu
- Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk
- Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
- Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
- Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
- Jaudis Pathologic
Bayi
perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan
susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan
pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding
bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.
Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap
tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi
biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin
memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
- Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya
kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya
tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda
tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang
terbaik.
Adakah ianya merbahaya?
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang
menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi
kekeringan.
1. Carilah sengkuang cina, dan
bagi isteri makan. Lepas tu suruh dia susukan baby. Amalkan ni. Bagus. Ada gak
yang suruh hiris dan perah air nya.
2. Cari anggur hijau, dan titiskan beberapa (2-3 titik) ke dalam mulut baby
3. Ambil halwa kundur (sikit je dalam 1cm) letakkan dalam botol air suam baby. Bagi dia minum.
4. Kalau rajin..jemur baby waktu pagi (sekitar 8-9 pagi) selama 2-3 minit. Jangan jemur sampai legam..Tp cara nie memang x dibenarkan oleh pihak hospital..tak tau sebab ape..
5. JANGAN
makan apa2 makanan yg dimasak berasaskan benda2 dibawah sebaik sahaja anda
bersalin
@ melahirkan bayi..
Lada Hitam
KUNYIT
HALIA
*** nurse
kata, lada itam, halia n kunyit mmg bagus untuk pemakanan ibu semasa didalam
pantang...tetapi ibu2 harus ingat benda2 ni xbagus untuk bayi anda yg baru
dilahirkan..
SUSU KAMBING
Orang cakap bagi baby minum susu kambing. Tapi kalau ikut logik memang x sesuai cz susu kambing nie memang panas untuk baby
AIR TEH
Orang kata mandikan baby ngn air teh.....tak taula mujarab or tak..hehehe
DAUN KUCHAI
Daun Kuchai pun orang cakap elok untuk mandikan baby yang kena jaundice
DAUN INAI
Daun inai nie memang aku penah guna untuk elak baby kne kuning..My Mother in Law tiap ari mandikan baby dengan air inai selama seminggu..mayb sbb wrna inai nie mlekat kt badan baby2 yang nurse ckp my baby ada kuning cz kulit dia dh mcm kaler kuning dh..hehehe