Thursday, 3 January 2013

Masalah Ketika Hamil

Sebut je masalah ketika hamil kompom para ibu memang ada masalah yang dihadapi...Mcm2 jgk aku..masalah sms hamil mmg trpaksa dilalui..tp ada jgk segelintir mereka yg x mengalami sebarang masalah..Alhamdulillah kalau mcm2..So masalah-masalah nie msti korang penah hadapi..x smua pn msti ada slh satu kn..hehehe

1) SAKIT PINGGANG

Punca

Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan; sperti tulang dengan tulang dan sebagainya ) ada yang tegang, kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.

Bahu yang tegang atau belakang dan oto-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.

Langkah Pencegahan
Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan, renggangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang perlahan.
Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.
Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut tersebut akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung. Ini akan mengakibatkan kedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan.

Penawar
Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya. Pusingkan bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang.
Jika sakit jauh ke bawah, terutama pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.
Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (girdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama. Menggerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda

2) SEMBELIT

Punca
Hormon yang melembutkan otot-otot usus menyebabkannya kurang cekap bekerja.
Pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan.
Rahim yang semakin membesar menekan usus besar.

Langkah Pencegahan
Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti dengan memakan salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.
Meminum banyak air, yakni antara enam hingga lapan gelas sehari.
Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil atau besar dan elakkan daripada meneran.

Penawar
Makanlah sedikit buah-buahan sebelum tidur seperti kismis.
Letakkan kaki di atas baldi yang diterbalikkan dan renggangkan kaki ketika membuang najis. Kedudukan ini dapat mengelakkan daripada meneran yang boleh menyebabkan buasir.
Jika usaha ini gagal, ada baiknya segera menemui doktor.

3)KEJANG

Punca
Peredaran darah yang kurang baik.
Kekurangan kalsium.
Terlalu banyak fosforus.
Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki.

Langkah Pencegahan
Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati.
Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut.
Anda juga mungkin kekurangan garam ( terutamanya dalam cuaca yang sangat panas ) jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

Penawar
Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

4) PENING & PITAM
 
Punca
Berdiri lama, bilik yang terlalu panas, kekurangan udara, kurang darah, tekanan darah rendah.
Ini boleh berlaku bila-bila masa ketika hamil, tetapi biasanya tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap bayi.

Langkah Pencegahan
Pakailah baju yang tidak menyimpan hawa panas.
Bawalah kipas tangan.
Pindahkanlah berat tubuh dari satu kaki kepada kaki yang satu lagi, sekiranya terpaksa berdiri lama.
Elakkan daripada berbaring di atas belakang kerana berat rahim menekan salur-salur darah yang utama dan melambatkan pengambilan darah ke jantung. Sebaliknya, letakkanlah bantal di atas belakang anda. Bangun perlahan-lahan, kerana tekanan darah anda menjadi rendah apabila anda berkeadaan santai atau relax.

Penawar
Apabila kepala anda mula terasa ringan, cuba tekan tapak kaki ke lantai dengan kuat.
Baringlah dengan mengiring, di atas sisi sehingga rasa pening hilang.

5) BUASIR
 
Punca
Saluran darah tersimpul (vena varikos). Ia disebabkan oleh hormon dan tekanan daripada kepala bayi atau sembelit dan cirit-birit.
 
Pencegahan
Cuba jangan meneran ketika membuang najis.
Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman lantai. Ketatkan dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggalkan paha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud untuk beberapa ketika.
 
Penawar
Penggunaan krim daripada doktor.
Mengambil seulas bawang putih yang telah dikupas, kemudian letakkan di anus pada waktu malam.
Untuk mengecutkan vena yang bengkak, cuba basahkan bahagian yang sakit dengan ais. Insya-Allah rasa sakit akan berkurangan.

6) PEDIH ULU HATI
 
Punca
Hormon yang melembutkan pencerut yang menutup perut anda, membenarkan makanan separa hadam kembali ke gulet di mana asid-asid perut menyebabkan kesakitan. Setiap kali ini berlaku, kesakitannya seperti menitiskan air limau ke atas jari yang luka.
Tambahan pula, apabila usia kehamilan meningkat, kedudukan dan saiz bayi turut menambahkan lagi tekanan ke atas pencerut.
 
Pencegahan
Apabila anda mula terasa terbakar di dada anda, cuba elakkan ia daripada terus melarat.
Makanlah makanan secara kerap tetapi sedikit-sedikit.
Hindari makanan berminyak dan kunyahlah makanan berulang-ulang kali.
Minumlah susu sejuk selepas makan untuk meneutralkan asid perut.
Hindari daripada berbaring lurus atau membengkokkan tubuh daripada pinggang kerana ia meletakkan di atas injap jantung yang telah menjadi lembut.
 
Penawar
Tegakkan belakang anda di atas bantal ketika tidur untuk beberapa malam ATAU tinggikan bahagian kepala katil supaya bahagian pedih dapat pulih kembali.
Gunakanlah kaedah-kaedah pencegahan yang telah dinyatakan di atas.


7) URAT BERSIMPUL (VENA VARIKOS)
 
Punca
Hormon melembutkan pembuluh (vena) di kaki dan faraj anda.
Begitu juga bayi yang membesar di dalam kandungan menambah tekanan ke atas vena tersebut. Vena verikos cenderung menjadi lebih teruk selepas beberapa kehamilan.
Satu jalinan salur darah yang berdekatan dengan kulit akhirnya bersimpul dan kelihatan berwarna biru, merupakan tanda-tanda berlakunya gejala ini.
 
Pencegahan
Amalkan diet yang baik. Makanlah makanan yang mengandungi banyak vitamin.
Berjalanlah untuk memperbaiki peredaran darah anda.
Ketatkan dan longgarkan lutut anda secara berselang-seli ketika duduk.
Pindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan atau sebaliknya apabila anda terpaksa berdiri lama.
Elakkan tekanan seperti memakai pakaian ketat, cth; jeans, tights.
JANGAN berdiri sekiranya adan boleh duduk dan berbaringlah apabila berpeluang.
 
Penawar
Amalkan pencegahan yang disenaraikan di atas.
Tinggikan paha dan kaki di atas bantal.
Vena verikos pada vulvu akan hilang selepas kelahiran bayi, manakala pada kaki, ia akan bertambah bail apabila hormon berkurangan.

Memang ada antara masalah di atas aku penah hadapi..tp masalah serius aku hadapi sejak awal pegnent smpilah nk brsalin adalah masalah 'Bleeding'..Sejak kandungan usia 6 minggu lg aku hadapi mslh nie..hmpir tiap hari akan kuar sikit2..Dh trimester akhir baru kurang sikit..Risau jgn ckpla..tkt benor jadi pape ngn kandungan time2..Kira ms2 aku dh puas ulang-alik dr klinik hinggala hospital..huhu..aku pn x tau sbb ape..Doc pn x bape nk tau punca..Bila Scan,kedudukan my Baby ok je..Uri pn duk atas..So Doc wat kesimpulan mayb sbb ada keradangan kt pintu rahim..Mjur x membahayakan....huhuhu..
 




Dunia Baru Hidupku

Alhamdulillah...Sepanjang kehamilanku xdela perkara2 benda x elok jadi..Alahan???Huhuhu memang aku alami alahan yg kira sederhana la..x truk mana..Morning Sickness mmg aku alami..Bangun tdo je kompom g blik air..tp sari dlm skali dua je muntah2..Tp yg x thnnye aku mmg x leh bau lgsg bau mane2 msakan..bkn aku nk mntah,tp aku jd sgt pale giler2..wlpn time2 Hubby just grg nugget je..huhu..kira mmg x bape nk brasap la dpur kitorg time2..kne lg mmg aku x bape nk jamah nasi..mmg x slera lgsung..Hmm dlm sbln bleh kira bape kali aku jmah ns..2 pn ciput je..besa aku alas prut ngn buah2 jela..xpn 'Maggie' la hidangan rutin aku..hehehe..
Alahan aku nie kira berlarutan smpi usia kndungan masuk 5 bln la..dh 5 bln br selera aku kmbali normal..cuma x bestnya HB aku rndah ah..pnah dpt bwh 9..huhuhu..Doc pn apelg bg ah mkn acid folic,B cmplx n iron tblet bnyk2..aku klu bab mkn ubt nie mmg ssh skit nk msuk tkak..aku pn nek heran sbb ape..huhu...Last doc suggest mkn mknn yg bnyk kndungan zat besi..so Alhamdulillah aku amalkan minum Jus Jambu Batu (Pink Guava) n Jus Blimbing Tiap2 ari..Alhamdulillah HB dh normal..dh jd 12 ke atas..cuma tekanan darah aku je still rendah..org ckp besala time pegnan drh rndh..cz body kt nk pump oksgen utk kt ngn baby skali kn...
Hmm pengalaman pegnan mmg indah skali..x mampu nk ungkap ngn kata2..x caya, try tnya kaum ibu kt luar sn..Wlpn hakikatnya org len tgk kt cam ssh bnor nk bw dri..yeala mane larat nk bawa baby dlm kndungn ke sn ke mari..9 bln plak2..bknnye time 2 kt leh ltak baby kt luar pn klu ltih..nk x nak kt kne usung gak kemana kt g..nk mandi..makan..jejalan..tidur..smua kt kne bawa dia skali..smpi tahap kaki kt akn kejang n membengkak mcm bola..huhuhu...Tp seorg ibu x pnah nk mngeluh pn..dia mrasa lg bangga n bahagia dgn keadaanya skrg..Besarnya pengorbanan seorang ISTERI & IBU...
Sepanjang pengalaman Pegnen nie aku pn xdela nk mengidam sgt..sesekali je tringin nk mkn sesuatu..2 pn sbb trtgk ikln kt Tv or ape2 ke..hehehe..Xdela ngidam smpi ssh Hubby nk cr bnda2..Alhamdulillah...Berat pn xla naik sgt..Sblm Pegnent brt dlm 47kg..Smpila 9bln just naik 11 kg je..so kira max weight dlm 58kg je..hehehe..
Hmm pas2 msing2 excited nk tau jntina baby kn..But aku dlu scan smpi 9 bln pn x tau jntina lg..mcm pemalu je anak aku nie yea..hehehe..x kshla jntina Boboy or Gegirl..Janji Baby kt sht walafiat...Amin..
So..jom kt kongsi peringkat2 kehamilan yang korang kne tahu... 


1 Bulan

 Fetal development diagram - one month 
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan

2 Bulan

Fetal development diagram - two months
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Fetal development diagram - three months 
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya

4 Bulan
Fetal development diagram - four months 
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang

5 Bulan

Fetal development diagram - five months
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya

6 Bulan

Fetal development diagram - six months

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak

7 Bulan
Fetal development diagram - seven months
 Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya
8 Bulan
Fetal development diagram - eight months 
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang

9 Bulan

Fetal development diagram - nine months
 Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini

Kini Kembali Lg..Hehehe

Hi guys...wahhh nmpknye dh lamo bebenor den x update my blog..smpikan dh pnuh habuk n sawang dh nie..mjur ingt lg ngan password..klu x, kompom terbengkalai la blok den nie yea..hehehe...Hmm kiranya dh setahun jugak x mengupdate kn status nie..kompom bnyk prbezaan dlu n sekarang..hikhikhik..Skrg dh pghujung Dicember 2012..Cedih la plak nk tinggalkan tahun nie..yela bape hari je lagi nk msuk tahun 2013..pelik n janggal je aku tengok nombor2..Yeala,dlm calendar kn xde bulan 13..paling last pn bulan 12 je..hehe..apepn aku hrp Next year yg akan mndtg nie memberikan 1000 rahmat dalam kehidupanku n kalian semua..
Bila ingat bln Disember nie..teringat kenangan paling indah n bermakna pdku n My Hubby pd Disember Last Year..Time gnila aku dpt biter bahagia yg mana aku bakal menjadi Seorg Ibu setelah genap 2 tahun melayari bahtera bersama..Alhamdulillah..Bersyukur sangat2 ke hadrat Illahi di atas Kurnian-Nya...Amin..
Excited...terharu..suma ada..Bila gtau Mr. Hubby pd pagi Sabtu 31 December 2011(Pepagi lg dh try check sndr) terlihat airmatanya mengalir tanda kesyukuran..Pelukan hangat drnya mampu menggambarkan betapa hatinya gembira hingga x mampu mengeluarkan sebarang perkataan..Huhh sedih n sebaknya ms2 bila di ingat...huhuhu...Tp time2 aku x mengharap sgt cz yela blum ada result yg sahih dr Doctor..So, pagi2 aku g keja cam besa..blk keja kul 1pm br ajak Mr. Hubby g klinik..Time2 doc check bgtau aku x sdp bdn 2 3 menjak nie sbb tekanan darah rendah je..then perlu bnyk rest..Hmm rs nk Frust Menonggeng aku time2..(Dlm ati sah aku x Pegnen..isk..isk..isk..sob..sob..)tp aku try suh gak Doc cek Urine plak...Hmm time dia panggil msuk blik aku dh nmpk muka Doc dh tersengih2..Blum smpt dia ckp,aku dh nmpk dh 2 Line kt urine test2..Wah Berbunga smula atiku..hehe..Last br doc ckp..Tahniah anda Pregnant...Syukur Alhamdulillah bila akhirnya pengesahan doktor meyakinkan aku yg kitaorg bakal menjadi Ibu n Ayah...Blk keja je, My Hubby smpt tepon My Mother in Law bgtau biter gembira nie..Trlihat airmatanya bergenang smula tatkala mengkhabarkan biter nie pd Ibunya..Maklumla kira Cucu Sulong dlm Family..Hehehe...Br dpt rs betapa bangga n bahagianya kita mendapat tahu bakal menjadi seorang Ibu..
So, kpd kaum isteri yg nk tau tanda2 anda nk jd sorang ibu, anda tgk list kt bwh nie yea..klu ada tnda2 trsbut, bek g jmpa doc cpt2..x pn bleh cek sdnr..hehehe

Tanda-tanda Kehamilan :

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Dan akhir sekali...

10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini...Tahniah!!!!!

Saturday, 1 October 2011

Babai.....!!!!!

Baru-baru nie aku memulakan ekspedisi men'deleted' akaun laman sosial aku...hehehe...mesti korang pelik kn apela hangin aku nk delete smua akaun2..bkn ke bnda2 g2 yg wat kt syok n happy dpt knal ngan suma org....Rugi ah x laman sosial sndiri..bak kata org ktinggalan zaman la jwbnye...tp jgn korang hingat aku nk delete smua..sstgh akaun je..cam Tagged,Friendster n MySpace..Cuma akaun friendster je aku x paham sket...tetiba je bila aku tgk akaun aku dh brubah wajah..ntah jd ape dh rupanye..pnuh ngn game..aku pn x tau nk setting cmana..nk delete akaun pun aku x jumpa..adoooyaaiii...cmana den nk buat yea...huhuhu..nie sebab kes dh brbulan2 x update ah..smua dh lupa n brtukar wjh..hehehe..tp  xpela,aku biar je la dlu...biarla smpai bersawang or brkulat pn..kot2 nnt dh tau sng skit aku nk delete...hehehe...tapi akaun FACEBOOK aku xnk la delete..ntah apesal aku sayang sgt ngan akaun2..kuat sgt la aura siapa2 CEO facebook..??x silap aku la nm dia aku ingat cam ada Mark2 G2 ah..Bkn jugak McD..hahaha...ala sapa x knal ngan Mark Zuckerberg...lidah aku pn duk terbelit2 nk nyebut..susah bnor la nama kalau orang femes-femes nie..hehehe..
Tapi yg sbnrnya bukanla sbb aura si Mark2...tapi sebab sbnr aku sj nk kekalkan akaun facebook nie krn nie la satu2nya medium yg aku tinggal utk aku berkomunikasi or berhubung ngan Mr.Hubby,sdare mare n kengkawan smua..yeala,kekadang x kdit tpon,facebookla tmpt aku nk chat or msg Mr.Hubby n family lain...hehehe..kalau laman sosial lain2 x brapa sgt..kne lagi akaun Tagged2..sikit habuk pun aku x knl mmbr2 aku..dhla mjority yg add aku smua kaum ADAM...aku pn plik..apesal la diorg nk knal aku..padahal kat akaun2 beso2 dh trtulis status aku 'MARRIED'....huhuhu..nie la manusia..x kira jntina,status or ape smuanya nk di bedal....kkdg yg herannya mat2 Negro Or Mat saleh plak yg tringin bnor nk add aku....kalau diorg yg add mmg aku x layan sgt..bkn kita x reti nk ckp omputih..tp kt slalu dgr kmuniti diorg nie tau nk JERAT mangsa je..huhu..bek bringat kn...hehehe...
Apepn yg sbnrnya niat aku nk dlete akaun nie atas ksedaran aku.....bukan suka2...tetiba timbul kesedran dalam diri aku selaku seorang 'ISTERI'...Yeala...smua org tau..seorg wanita bila dh berkahwin,dia sbnrnya wajib memutuskan hubungan dengan kengkawan lelakinya agar tidak menimbulkan fitnah atau masalah di kmudian hari...bg Isteri,hidupnya hanyalah krn Allah dan utk suaminya sahaja....so atas kesedaran inilah yang membuatkan aku sdikit insaf agar aku snts bringat tntang peranan aku sbg 'ISTERI'....Alhamdulillah....aku pn br nak blajar utk mnjdi yg terbaik utk suamiku...InsyaAllah...amin....(^_^)
Mmg la org kata x salah kita berkawan yg pnting pandai jaga diri...tp bg aku kalau dah kahwin nie wlpun hnya skdr kawan,ttpi kalau bnda2 buat suami kita tersa ati n berprasangka buruk pd isterinya xke dpt DOSA je scra percuma..huhu..lainla kawan kita yg smemangnya dikenali oleh suami... sbb2 akaun facebook je yg msih wujud cz smuanya mmbr2 yg dikenali dh brkurun lamanya....lgpn x bnda aku nk sorok dr Suamiku..smuanya terang n jelas....hehehe...
Apepn yng pnting adalah 'Nawaitu' kita...kalau bg kita elok n niat kita ikhlas,maka elokla jadinya..mcm2 jugak kalau sebaliknya...so renung-renungkan..n Selamat Beramal...(^_^)


Gud Babai...!!!Hehehe







Tuesday, 27 September 2011

Bunga-bunga CinTa

aiiiseeyyy....lain mcm je tjuk aku nie kn...cam minah jiwang g2..ahaks...ala leekksss ahhh...besala klu kt sdang bahagia...kompom smua org msti ada mood jiwang...x gitu???ngeh...ngeh...ngeh....eleh ada ah2 yg xnk ngaku...ekekekeke....bkn ape,kekadang x salah kita share kbahagiaan kita ngan org d sekeliling kita kn..biar sm2 tumpang bahagia...amin..tp ada jgk org yang x sng ati tgk kbahagiaan kita..x taula kt mana silapnya....besanya org jnis mcm nie org yg punya HASAD DENGKI....x bleh tgk org lain senang skit..tp ingatla,kita hidup di dunia ini hanya menumpang sahaja..bila-bila masa kita akan dijemput utk kembali padaNya...jgnla biarkan hiasan dunia dan hasutan syaitan mengaburi mata kita..sntsla beringat padaNya....Rugi andainya kita meninggalkan dunia ini tanpa ilmu dan amal...
Hmmmmm melencong jauh pulak aku nie..hehehe..bkn ape x salah kita muhasabah diri..kekadang benda gini yang snts mengingatkan kita agar kita tidak lupa or lalai.... so kt sni aku nk share la ngan korang saat2 bahagia aku setelah bergelar seorang ISTERI...Alhamdulillah,kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalan kehidupan kami...biasalah kalau ada sedikit salah phm dlm rumah tangga..2 smua asam garam dlm kehidupan...apa yg pnting kita snts mendoakan khdupan yang lbih baik brsama pasangan kita..apepn aku bersyukur padaNya diatas kurniaanNya kpdku seorang SUAMI yang begitu sempurna di mataku....Alhamdulillah.....amin...


Lepak at Cameron Highlands







Kita makan dlu...NoodLe StaTioN





Time Raya 2010



My Hubby Besday - Tasik iDamaN



 

Thursday, 15 September 2011

1st Annvsry Clebration

Hmmmm..aku tgk cam nk bersawang dh blog aku nie..lama bnor x update...huhuhu..ksibukkan aku dlm hdp seharian membataskan aku tuk mnjnguk blog ksygn aku nie...tp xpela,jnji aku still smpt sggh jgk tuk mncoret spatah dua utk tatapan korang smua..kali nie aku nk citer tang ape ek....bgla aku idea..huhuhu...xpela,belek pnye belek pic aku dlm lptop nie,trnmpk plak pic time clbrte annvsry aku yg thn lpas..Haaa kn dh ada idea yg dtg...hehehe..so aku citer sket ek...
Tanggal 04/12/10 yang lepas,gnapla setahun aku bergelar seorang isteri...klu org tanya ape dugaan hidup sepanjang tempoh prkhwinan nie aku x leh lg nk jawab..yeala masih trlalu awal..masalah yg dtg pn still kcik mcm kuman je..msih lg trasa kbhagiaan mcm br 1st kwin dulu..yeala,kehangatan bulan madu pun x hbs2 lg...hehehe..tp aku x anggap la hdp kitaorg snts bahagia..kkdg ada jgk sdkt slh phm yg tmbul antara ktorg..bak kata org,sedangkan lidah lg trgigit,inikan pula Laki Bini..hehehe..tp kitaorg xnk la ambil kisah sgt bnda2 g2..besala baru nk mngnali pasangan katakan....tp apepn kami ttp mndoakan agar prkahwinan ini brkekalan bahagia hingga akhir hayat...amin...
Hmmm berbalik pada tajuk citer td...smpne annvsry kami yang prtama dlu,Mr.Hubby mgajak aku Dinner kat Port Klang...kira mkn seafood smbil mnikmati angin laut la kan...hehehe..so tmpt kitaorg tuju ialah kt Tanjung Harapan..kira best jugala tmpat nie...tapi ramai giler punye org la...huhuhu..2 pn sket lg x tmpt duduk..so aku pn malas nk citer panjang2...korang tgkla pic2 kitaorg nie yea...apapn smpna ulangtahun prkahwinan kami ini aku ttp mndoakan yg trbaik utk rumahtangga kami....amin.....so Layaannzzz Ler....



Sebelum g makan bek possing jap...hehehe




Banyak tul lauk yg di pesan...tapi licin beb...hehehe

Mr.Hubby bz duk pilih2 seafood


Suasana dalam Restoran


Possing Jap ek...hehehe


Khusyuk Bebenor...









Hmm..konyang kitaorg melantak malam2..so prot dh knyang..Jom ah blk...hehehe...tp Mr.hubby nk ajak g 1 tmpat plak..dia kata spesel punye....kat mana la2 ek...ish...ish...nk tau??tunggu citer seterusnye...hehehe