Bersetubuh ketika hamil sering menjadi
persoalan kepada suami dan isteri terutamanya ketika mengandung anak pertama.
Adakah melakukan hubungan kelamin atau jimak ketika isteri sedang hamil akan
membahayakan isteri dan kandungan?
Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga
sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami
masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa
atau pendarahan,
atau anda mempunyai sejarah keguguran.
Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.
Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda
mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks
membantu melindungi infeksi. Sak
amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda
agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang
mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.
Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
- pendarahan;
- sakit atau kekejangan abdomen;
- pecah ketuban;
- sejarah kelemahan serviks;
- plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda
menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali
pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda
yang sedang berkembang dalam kehamilan.
Adakah nikmatnya sama?
Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.
Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.
Terdapat beberapa
keadaan di mana anda mungkin perlu berhati-hati semasa berasmara. Jika anda
mempunyai sebarang pendarahan atau penitikan darah pada awal kehamilan, doktor anda mungkin
menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga anda mencapai 14 minggu.
Beliau mungkin juga akan menasihatkan bahawa adalah baik jika anda tidak melakukan hubungan seks untuk sepanjang kehamilan anda jika anda mempunyai:
Beliau mungkin juga akan menasihatkan bahawa adalah baik jika anda tidak melakukan hubungan seks untuk sepanjang kehamilan anda jika anda mempunyai:
- sejarah kelemahan serviks;
- rendah plasenta (plasenta praevia).
Anda mungkin pernah diberitahu bahawa melakukan hubungan
seks di peringkat lewat kehamilan boleh mencetuskan kelahiran, kadangkala
sebelum bayi anda bersedia untuk dilahirkan. Ini adalah satu mitos. Malah,
kajian telah menunjukkan bahawa tiada kaitan antara hubungan seks semasa
kehamilan dan kelahiran
pramatang. Namun, besar kemungkinan bahawa hubungan seks secara kerap
semasa kehamilan menyebabkan anda tidak akan melahirkan secara pramatang!
Jika anda mempunyai sejarah bersalin pramatang, situasi adalah sebaliknya. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks pada trimester terakhir kehamilan. Ini supaya mengelakkan kemungkinan proses kelahiran dicetuskan akibat hormon "rasa-nyaman" oksitoksin yang dikeluarkan semasa hubungan seks.

Panduan posisi terbaik
untuk Bersetubuh Ketika Hamil
1. Posisi wanita di atas
-Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
-Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.
-Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
-Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.
2. Posisi wanita
menonggeng
-Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.
-Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.
3. Posisi duduk.
-Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
-Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4. Posisi berlutut atau
berdiri.
5. Posisi
suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.
Walaubagaimanapum, ada
beberapa kemungkinan di mana hubungan seks boleh membahayakan kandungan
iaitu:
- Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
- Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
- Isteri mengalami pendarahan.
- Suami atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.